Motivasi | Kisah Syiling & Batu Kecil


KISAH WANG SYILING DAN BATU KECIL

Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu, tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya. Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan disekelilingnya. Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.

Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya. “Rezeki aku..!” kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu. Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Ada pesanan yang mahu disampaikan ketuanya itu. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yang berada pada aras paling bawah.

Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya diatas. Mudah-mudahan, dapatlah dia menyampaikan pesanan kepada pekerjanya itu.



Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas. Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit dan terganggu, lelaki itu mendongak ke atas, melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerangnya tadi. Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

Sebagai renungan untuk kita semua, sahabatku sekalian, kisah ini sekadar kiasan antara kita dengan Yang Maha Pencipta. Tanpa sedar, Allah sering menjatuhkan ‘syiling’ lambang rezeki, rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.Tuhan menjatuhkan ‘syiling’ itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya. Tetapi, kita acap kali lalai untuk ‘mendongak’ ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.




Seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu dia jatuhkan pula ‘batu’ yg berupa musibah, kegagalan,keperitan dan pengalaman yg menyakitkan.Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu, barulah kita teringat untuk mendongak, menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita! Sekian.





Share on Google Plus

Penulis ESTANA KLASIK

Estanaklasik.com asasnya adalah sebuah website perniagaan yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

  1. Studying 129 gamblers, they found that mindfulness problems unrelated to playing have been positively linked with downside playing, depression, and dark flow whereas playing. Specifically for people reporting important symptoms of depression in daily life, dark flow produced increased positive have an effect on} whereas taking part in}, thus explaining the seduction of slot machines as a means of escape. Accordingly, playing problems have been predicted by the combined effect of depression and dark flow. Relaxation gamblers have been essentially the most educated and well-to-do, and performed slot machines for the socialization and enjoyable. However, in addition they like to stay inside their denomination - usually 25-cent machines or $1 machines, and infrequently take a 슬롯 머신 look at|have a look at} slot play as a method to relieve day-to-day stress. Billions of dollars of criminal proceeds are being laundered by way of slot machines in pubs and clubs in Australia’s largest state, based on an official inquiry that really helpful tighter controls on the gaming business.

    ReplyDelete