Motivasi Berpengaruh Gaya Tony Fernandes



MOTIVASI BERPENGARUH GAYA TONY FERNANDES

Tan Sri Anthony Francis Fernandes atau lebih dikenali sebagai Tony Fernandes adalah ikon dunia penerbangan komersil pada hari ini. Beliau memimpin syarikat AirAsia sehingga diiktiraf sebagai penerbangan tambang murah terbaik di dunia . CEO yang sentiasa bermotivasi ini adalah graduan London School of Economics pada tahun 1987.

Tiga pengajaran berkaitan motivasi berpengaruh yang dapat dipelajari daripada beliau adalah :

1) BINA BUDAYA KERJA YANG KUKUH
 
Tony Fernandes membina budaya kerja cemerlang dalam kalangan kakitangan AirAsia. Bukan setakat itu, mereka diminta supaya sentiasa komited dengan kepuasan penumpang.

2) TUNJUKKAN KEWUJUDAN KITA DIMANA-MANA
 
Di mana-mana sahaja adanya aktiviti berkaitan AirAsia, di situ juga Tony Fernandes berada. Kelibat beliau sering dilihat berpakaian kemeja putih berserta topi merahnya. Kewujudan Tony begitu jelas. Topi merah yang dipakainya menjadikan beliau lebih menyerlah.

3) KATA DI KOTA
 
Tan Sri Tony Fernandes menetapkan slogan 'Now everyone can fly' atau `Kini semua orang boleh terbang'. Perkataan `semua' bermaksud tiada yang tertinggal. Oleh itu, bagi membuktikan komitmen ini, AirAsia bertungkus lumus menyediakan pelbagai kemudahan dan merendahkan tambang supaya semua orang dapat `terbang'. 'Lead by example' dan 'Walk the talk' sentiasa menjadi pegangan pemimpin berpengaruh ini.

Tan Sri Tony Fernandez adalah pemimpin dalam dunia keusahawanan yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Keupayaan beliau membangunkan AirAsia bersama rakan-rakan yang lain membuktikan, anak Malaysia mampu menakluki dunia. Bermula dengan hanya dua kapal terbang yang menyedihkan, akhirnya AirAsia mampu terbang jauh ke seluruh dunia.

Majalah Janes' Transport Finance di London, pembekal maklumat pasaran dan penyelesaian bersepadu kepada sektor pengangkutan, keselamatan awam, pertahanan, keselamatan, dan undang-undang, menganugerahkan beliau CEO Syarikat Penerbangan 2009 Jane's Transport Finance. Ini kerana, keupayaan beliau menjadikan AirAsia sebagai syarikat penerbangan tambang murah terbesar di Asia, dan terbaik di dunia, termasuk berjaya menerbangkan 75 juta penumpang hanya dalam kurang dari lapan tahun.

Namun pada beliau, kejayaan itu sebenarnya milik seluruh warga AirAsia seluruh warga kerja AirAsia melalui anugerah ini terserlah dalam ucapan berikut, "Saya mencapai tahap ini dengan sokongan pekerja saya yang memberi semangat serta budaya inovasi kami di tempat kerja. Kami sama-sama membangunkan AirAsia, dengan semua orang berkongsi idea, mencari jalan bagi meningkatkan kecekapan, meningkatkan perkhidmatan dengan penggunaan teknologi dan sentuhan peribadi, dan memasarkan jenama kami dengan agresif."

"Di bawah kepimpinannya, AirAsia merevolusikan industri perjalanan dengan cara bebas. Memberi pilihan selain daripada penerbangan yang eksklusif, mempromosikan kawasan-kawasan Asia, dan seterusnya sumbangan kepada ekonomi Asia," kata sumber Asia Inc. Beliau menjadi individu pertama dari Malaysia yang menerima anugerah itu sejak diperkenalkan pada tahun 1996 dengan menerima anugerah Nikkie Asia Prize.

Demikian sejarah kebangkitan dan kejayaan Air Asia yang mana telah ‘membuka mata’ pelbagai pihak. Semoga ianya telah memberi Inspirasi dan Motivasi bagi diri anda untuk memperbaharui strategi dan gaya pengurusan anda!


Kejayaan yang dikecapi beliau menunjukkan bahawa jika kita bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara, kita pasti menghampiri kejayaan. Sentiasa positif dan sentiasa berkeyakinan dalam diri pasti membuahkan suatu kejayaan dalam diri. Semoga apa yang dikongsikan ini dapat menaikkan semangat pembaca yang dikasihi semua =) "Marilah menuju kejayaan".



Share on Google Plus

Penulis ESTANA KLASIK

Estanaklasik.com asasnya adalah sebuah website perniagaan yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.
    KOMEN ANDA
    KOMEN FACEBOOK

0 comments:

Post a Comment