DALAM BISNES HARGA JUALAN BUKAN SEGALA-GALANYA


DALAM BISNES HARGA JUALAN BUKAN SEGALA-GALANYA

Jualan pada margin yang berpatutan bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dicapai, adakalanya akan tiba agak mustahil untuk diperolehi.

Pengalaman saya sendiri bukan senang nak membuat jualan. Waktu itu jualan pada harga rendah masih lagi tak dapat mengekalkan margin untung kerana semua orang bertindak menjual pada harga yang rendah.

Untuk menarik pelanggan, diskaun sahaja tidak mencukupi. Pelanggan juga tahu mereka tidak dapat berjimat jika keputusan pembelian dibuat kerana harga. Mereka mencari sesuatu selain dari harga rendah kerana semua bisnes menawarkan harga rendah.

Untuk mendapat jualan (bukan meningkat ye) usahawan harus menawarkan nilai (propose value) yang lebih tinggi dari nilaian harga. Sesuatu yang berbeza dan unik kenapa pelanggan harus memilih produk jualan anda berbanding yang lain.

Bila hal ini berlaku, usahawan bukan sahaja mengaku produk dan perkhidmatannya yang terbaik tetapi harus MEMBUKTIKAN produk dan perkhidmatannya yang terbaik dan jangan sekali memburukkan pesaing tuan/puan di depan pelanggan untuk menaikkan produk dan perkhidmatan tuan/puan. Ini adalah kerana melanggar ETIKA BERNIAGA!

Saya kongsi pengalaman seorang usahawan yang pernah 'start up bisnes' pembuatan. Beliau bercadang untuk bersaing dari segi harga. Pesaing beliau sudah lama terlibat dalam bisnes ini.

Maka bermulalah 'price war' antara syarikat beliau dan syarikat-syarikat lain di bandar tersebut. Setelah 6 bulan beliau terpaksa gulung tikar kerana tak berupaya menyaingi harga mereka yang lebih konsisten dan mampu bertahan.

Syarikat pesaing sudah lama beroperasi maka 'cash flow' mereka berupaya berada ditahap positif lebih lama dari setahun berbanding syarikat sahabat saya ini. Semoga perkongsian ini mampu memberi sedikit ilmu bermanfaat kepada semua. 


Share on Google Plus

Penulis ESTANA KLASIK

Estanaklasik.com asasnya adalah sebuah website perniagaan yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.
    KOMEN ANDA
    KOMEN FACEBOOK

0 comments:

Post a Comment